As a student and human, I prefer to be rational. Pentingkan apa yang penting dan sentiasa memandang sesuatu perkara itu dalam keadaan neutral sebelum membuat pertimbangan. Sebab, bila kita pandang dengan sikit 'sparks' of bias, kita akan hilang pertimbangan.
Fanatik akan mengkaburkan kebenaran dan kebatilan. Sebagai contoh : Kita suka a football player sebab dia selalu main dengan penuh toma'ninah dan ketenangan sampai kita tak nampak kesalahan dia in terms of moral and normal human values. Kita perasan kesalahan tu tapi taknak percaya sebab kita suka player tu.
Okay, point tak cukup kuat. Senang cerita, setiap orang pasti ada salah masing masing. Kita boleh tutup sebelah mata kalau kesalahan tu kecil. tapi kalau kesalahan tu besar, kita tolak tepi sikap fanatik dan judge by using normal human POV. in terms of moral and akhlak.
Banyakkan memerhati. Bila sampai masa, kita akan nampak cahaya lebih dari kegelapan. Kurangkan bertindak membuta tuli. Pemerhatian mencetuskan tindakan yang lebih rasional.
Jalan yang dipilih kadang kala banyak duri. Kena selalu memerhati supaya kurang memijak duri yang pasti sakit dan selamat sampai ke destinasi.
Okay, nak siap siap pergi kelas. aih, kelas pukul 10 baru start. sekarang pukul 8 pagi. boleh breakfast tengok movie satu dua. hehe
Bungkus
Melontar idea dari jauh
Saturday, July 9, 2011
Tuesday, May 31, 2011
Fanatik dan Berita
Fanatik mengaburkan sempadan antara kebenaran dan kejahilan.
Ahmad merupakan seorang pelajar terdidik yang sering memasuki Akhbar Didik UPSR suatu ketika dahulu. Kecemerlangan akademiknya tiada tolok banding, seperti Messi di atas padang, Lee Chong Wei di dalam gelanggang dan Chef Wan di dalam dapur. Sungguh hebat.
Namun, Ahmad agak fanatik dengan artis pujaannya, Kumpulan Comel-Comel. Segala jenis poster, gelang tangan, kasut, baju, topi, deodorant, pewangi, berus gigi, kapur kasut serta dapur gas, semua ada kaitan dengan kumpulan Comel-Comel tersebut. Dia sanggup mengumpul duit belanja hariannya untuk membeli binatang binatang barangan kumpulan tersebut. Terlampau fanatik sehinggakan dia ingin menukar namanya menjadi Ahmad Comel Comel.
Pada suatu hari, Kumpulan Comel Comel didapati bersalah kerana mencuri tabung kebajikan di sebuah sekolah agama. Hasil siasatan dari polis kawasan menyatakan bahawa memang sudah pasti-yakin-tawkid bahawa kumpulan sensasi Comel Comel itu yang mencuri tabung tersebut. Motif mereka adalah mungkin bertujuan untuk menukar imej kumpulan ke arah lebih ganas.
Tetapi bagi Ahmad, dia merasakan bahawa kumpulan Comel Comel tidak akan melakukannya. Iyalah, nama pun dah comel comel. Dia merasakan kumpulan tersebut telah disabotaj dan tidak menghiraukan hasil siasatan polis tersebut.
Okay, tutup cerita rekaan merapu di atas. Jadi, Ahmad menjadi terlampau fanatik sehinggakan berita yang benar ditolaknya hidup hidup dek kefanatikannya itu. So, untuk membuat sesuatu keputusan dengan adil dan seksi saksama, perlulah bersikap neutral yakni atas pagar. Jangan terus menuduh berita itu salah atau menerima berita bulat bulat. Timbanglah berita itu dengan akal yang waras. Bukan seperti menimbang berat.
P/S : Tapi kalau berita tu dah taraf 'stupidity in its own class' macam Cara untuk Curang ini, bolehlah maki kuat kuat.
Sunday, May 22, 2011
Obesiti
Zaman dulu, nak makan fast food tunggu dua tiga bulan sekali. itupun atas jasa baik mak ayah. Mengidam memang lah mengidam, perut budak budak, tapi tak pernah mintak dan tak pernah 'ketagih' benda tu. cuma bila dioffer, ambik lah. Sebab bagi gua, makanan paling gua mengidam dan tersedap adalah makanan mak gua. Nasi lemak, Kari ayam mamak, Kuih Badak Berendam, Kurma ayam. semua sedap. Lagi sedap dari makan luar. Memang tiada obesiti walaupun makan berpinggan pinggan. Lagi satu, lagi kuat bond dengan ahli keluarga hasil makanan kasih sayang mak ayah.
Budak sekarang, sehari sekali kena makan fast food. Tak up katenye kalau takde fast food. Koman koman dapat french fries sehari sekali. Kalau dibacanya kandungan kalori dalam satu hidangan, lagi banyak dari 3 bungkus nasi lemak. Aih, kalau tiap tiap hari telan, tidak ke obesiti bebudak tu?
Paling tak setuju dek penyekatan nasi lemak adalah disebabkan memori. Zaman sekolah la nak makan nasi lemak 60 sen sepinggan sampai sanggup pecut dari kelas pegi kantin. Memang habis semua line dilanggar demi nasi lemak 60 sen dan laksa kantin. Dah dapat, makan share share dengan member yang bawak bekal. Feeling dia memang nostalgik.
Kalau kena sekat, takkan nak makan kuih je kat kantin? Kalau yang bawak bekal KFC, takkan nak share seketul ayam dengan 2-3 orang member? dah hilang sikit memori dekat situ. Tak campur yang obesiti lagi.
Jadi, jalan paling baik, kurangkan fast food. Lagi baik kedai mamak atau masakan emak. Itu yang terbaik. Ingat masa depan anak muda masa hadapan. Semua obesiti, siapa yang nak jadi atlet nanti? Kaki gusti je lah.
Monday, May 9, 2011
Jordan
For people who always think Jordan is a desert (I bet there are many of them), today in this early morning, gambar gambar di Jordan before spring akan diwarwarkan. Saya tak macam perempuan bubuh bubuh gambar bunga ni, tak jantan orang kata. Scenery rumput awan langit matahari saya sukalah.
Gambar :
1) Chalok sedang berdiri di atas terowong tinggalan Rom sambil membuat gaya comel. Menghijau belakang tu.
2) Ayah keluarga ini membawa kesemua anak dia jalan jalan di Umm Qays sambil emak dia menangkap gambar. harmonius gila rasa. teringat time lepak dekat Padang Polo dengan family dulu :')
3) Rome's ruins. siap ada tempat jalan jalan lagi. yang hitam hitam tu geng pakai abaya. bukan Hantu Kak Limah
4) Rocks.
*Ihsan dari D90. :)
Jadi, Jordan ada kehijauan jugak sebenarnya. siap ada tempat paintball around hills lagi dekat Amman. but then, tak boleh lawan Malaysia punya greenery. terlampau awesome.
Less then a month to Malaysia
Gambar :
1) Chalok sedang berdiri di atas terowong tinggalan Rom sambil membuat gaya comel. Menghijau belakang tu.
2) Ayah keluarga ini membawa kesemua anak dia jalan jalan di Umm Qays sambil emak dia menangkap gambar. harmonius gila rasa. teringat time lepak dekat Padang Polo dengan family dulu :')
3) Rome's ruins. siap ada tempat jalan jalan lagi. yang hitam hitam tu geng pakai abaya. bukan Hantu Kak Limah
4) Rocks.
*Ihsan dari D90. :)
Jadi, Jordan ada kehijauan jugak sebenarnya. siap ada tempat paintball around hills lagi dekat Amman. but then, tak boleh lawan Malaysia punya greenery. terlampau awesome.
Less then a month to Malaysia
Saturday, May 7, 2011
Anak emak
I am an anak emak. From Standard 1 until Form 3, I always dengan emak. Since my mother is a cikgu, after class, I always ambush her office to feel the air-cond. Even my brother do that too. A lot of times being scolded for interrupting in the office, yet I am stubborn.
Then, during Form 1, I still stick to my mother. Go to school together, eat lunch together, going to pasar malam together. I am not even jealous when my friends going to pasar malam with their so-called hot chicks. I prefer strolling together with my mother, helping her carrying the basket and choosing what to eat that day.
When i want to go out, I will ask my mother's permission. If she say no, I will not go. No rebels or anything. Because I know, she want the best for me. The truth is, following her advices adalah suatu benda yang dirindui.
Sekarang, bila dah masuk U, bila kol mak, I always listen to her. Mak selalu cerita pasal macam macam dan I just smile because long time not hear mak bercerita.
Right now, if people ask me,' macamana kau boleh terima kena panggil anak emak time zaman sekolah menengah dulu?' I wil answer :
'I am anak emak. Im proud of it.
Thank you Mak. You always be in my heart. Your neighbours in my heart are Ayah and siblings and future wife. hehe. Boleh kan? :3
Sayang mak <3
Thursday, May 5, 2011
Obses medik
Satu fenomena. Bila kita dapat skor tinggi tinggi dalam SPM, kita pasti akan bertekad untuk ambil bidang perubatan. tiada ruang untuk bidang lain. Kerana apa? Result tinggi, pasti medik. tiada bidang lain.
Kurang bijak. Buang fikiran kolot macam tu. Cuba kita fikir, apa yang menyebabkan Medik dikira bidang yang paling gah? Walhal nak belajarnya sama susah dengan bidang bidang lain. Kejuruteraan, Law, Fashion, Food Technology, Biotechnology, Veterinary, Sains Politik, Sains Sosiobudaya semuanya susah juga, cuma dari pelbagai aspek.
Cuma, kita hanya dikhabarkan oleh movie dan berita bahawa Medik ini nampak lagaknya macho dan cool. Dengan memakai spek, rambut sikat tepi, berdada bidang, berperut six pack, bersopan santun, semuanya separuh betul, separuh dusta. Bukti? Yang menulis ni sendiri mengambil bidang Medik perut boroi. Nah.
Jadi, kenapa perlu sedih jika bidang Perubatan dibekukan? Banyak lagi bidang yang terbuka. Rasa rugi sebab dah skor SPM penat penat lalu bidang lain tak berbaloi dek usaha anda? Nyata anda kurang bijak. Bidang guaman lagi susah dari segi terminologi dan segala references yang perlu dikaji demi menjadi peguam yang bijak. Bidang kejuruteraan perlukan ketekunan dan kreativiti untuk menjadi jurutera yang kompetitif. Pulangan, sama lumayan. Kalau tak sama, lebih kurang.
Nak nampak macho dan cool? Jadi la pramugara/pramugara. Pilot lagi market. Kerja main atas langit je. Nak jadi famous? Tang mana perubatan famous? Lagi baik jadi penari latar artis kalau betul hidup nak famous. Banyak pilihan sebenarnya.
Jadi, apa yang sebenarnya perlu kita ikut?
Hati kita. Kalau betul kita nak medik, mungkin bukan rezeki adik adik untuk menyambung di bidang perubatan bagi tempoh 5 tahun akan datang tapi bukan bermaksud jalan kita sudah mati. Kita cuba timbulkan minat yang ada kena dengan perubatan. sebagai contoh pergigian dan farmasi, dua bidang yang prospek tinggi dan sangat berbaloi. Occupational therapy pun berpotensi tinggi. Veterinary dan Biotechnology apatah lagi. Tak perlu emo macam nak mati.
Jangan kita ambik apa apa bidang sebab ikut orang. Ini pesan orang orang tua paling faveret dari dulu lagi
p/s : Selami hati tu, cari minat. Bagi yang dah dapat tapi tak nak pun boleh apply cara ni. Paling penting, bersyukur.
-ini personal POV, kalau tak puas hati, maaf lah-
-ini personal POV, kalau tak puas hati, maaf lah-
Sunday, May 1, 2011
Jurnal pendek padat
Sudah tiga minggu system baru ni bermula, lagi dua minggu nak exam. Jadi, adalah elok buat review hidup kat Jordan cepat cepat, sebab dah lama tak buat.
Buat masa sekarang ni, masa bertahannuth dah bermula. hanya keluar rumah untuk ke kelas dan hal hal penting. Orang kabo, masa depan diri sendiri lagi penting. Nak tolong tu perlu, tapi jangan sampai tergadai pelajaran. ye tak?
Sekarang, cuaca kat sini pun dah tak menentu. time summer ada lagi hujan. walhal dah masuk bulan 5. ada agak agak dalam 5 6 tahun lagi, Perlis bersalji. tak mustahil semua ni, global warming, pergerakan plat. Aih, senang cerita, bukak National Geographic. ini asyik bukak akedemi fantasia je buat ape, takde education sense tu.
Jadi, untuk pengakhiran, saya di sini sihat sihat sahaja kepada semua yang bertanya. maafle, henpon takde kredit. jenuh kakak operator Orange tu menjerit suruh topap setiap kali nak kol orang. Tak lupa juga, doakan semua mahasiswa yang sedang berexam ataupun bersedia ke arah exam untuk cemerlang. Tanpa doa hanya usaha, tak ke mana kita. Renung renungkan dan selamat beramal.
Sekian jurnal pendek padat. Bye
Subscribe to:
Posts (Atom)