Saturday, April 9, 2011

Belajo

Lagi kita belajar, lagi kita tahu banyak benda. ada jugak orang bijak pandai kata, lagi kita belajar, lagi rasa kurang pandai. sungguh, ilmu ni banyak. Ilmu astronomi, ilmu mengorat, ilmu menyantau, ilmu bersilat, ilmu bernikah, ilmu perubatan, ilmu syariah. Kiranya, semua benda kita buat, kena ada ilmu.


Macam bila nak sembahyang, kita kena ada ilmu bab sembahyang. Tertib segala. Rukun semua kena jaga, kita tahu pakai ilmu.


Dan nak tahu orang tu berilmu, bila dia gunakan ilmu tu. Bila dia pandai bersyair, kita kata dia ada ilmu syair-menyair-sedap-suara. bila dia selalu bersilat, kita terus yakin dia ada ilmu silat.


Tapi bila kita takde ilmu, jangan bodoh-sombong cakap ada ilmu. Kita yang rugi, iye tak? Ilmu seco'et, dikata segunung. Aih, segan bebeno.


Jadi, tak rugi kita dahaga ilmu. Jangan jadi macam Melayu common, bila suruh belajo, dikata ada ilmu. bila suruh dipraktik sikit, mula mata tengok tempat lain, kaki dikuis-kuis kat tanah. Aih, tak sior le semua jadi macam ni.


Saidina Ali pernah berkata :
-llmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.

So, jangan segan menuntut ilmu. Ilmu khurafat-khurafat toksah dicari. yang fardhu ain tu je.

Sekian 

Friday, April 8, 2011

Giving

Memberi memang sangat susah. Lain kata dengan memberi penyepak atau pelempang. itu senang. benda syaitan suka. semua senang. tapi nak memberi kasih sayang atau bersedekah memang susah.


Kita mahu semua benda baik kepada kita. tak mahu segala musibah kepada kita. tapi, bila kita nampak orang lain ditimpa musibah, kita tak berniat atau buat buat tak tahu akan musibah tersebut. dalam kata mudah, membayangkan kita dalam kasut mereka.


Even to kawan sendiri, kita boleh jadi kedekut. bukan saje kedekut, tapi berkira. sungguh, aku kedekut dan berkira. sampaikan rasa kecewa dengan diri sendiri. But this is a past history.  


Now, im trying to learn about art of giving. Giving with open heart i should say sebab memberi sahaja memang senang. My mom always taught me in daily life basis to be giving instead of asking and wanting. Im trying.


To make myself always motivated, I always remember the quote :


'Possesion and wealth doesnt take you anywhere. In afterlife, only your deeds, truly deeds.'


So, giving in adequate and reasonable sums - that I will do.


Peace

Menu Jumaat

Hampir menitik air mata tadi time makan nasi Mandi dengan ayam panggang. Menu hari Jumaat dekat kedai underground. Menitik sebab gua mintak sambal pedas sikit. yelah, sebelum ni letak sambal cair sangat. macam air asam dah aku tengok. 


Bila dia datang bawak sambal pedas gua mintak, dah macam dakwat marker merah tumpah pulak. Merah menyala. gua senyum happy tengok, pedas gua mintak selama ni dekat kedai luar  dah dapat.


Tapi time nak makan, rasa macam makan chilli boh raw. pedas piau orang kata. boleh menangis. Memang nikmat. Kick jugak lah.


Gua nak sambung makan burger pulak kejap lagi. Biar badan buncit sikit time study week ni, nanti boleh maintain balik lepas habis exam. 


p/s : Bab makan jangan berkira-Big Boss merangkap ayah gua.

Thursday, April 7, 2011

Its on your own

Have you ever thought who teach you how to dress? how teach you to be picky on food? to be humble in picking words? 


Yes, we have things that always influences us on daily basis. Between 90's and the millenium era, there many genres that always rotating in every human heads. 


Okay, sikit gua cuba tulis dalam English. Baru lepas baca lecture notes, terbawak bawak sampai ke blog.


Jadi, kita selalu ada banyak pengaruh dari luar. Pengaruh bukan dalam fashion, tapi untuk seluruh hidup kita. But then, bergantung kepada diri kita sendiri untuk pilih cara kita sendiri. Tak semestinya cara yang kita selesa, tapi cara mana yang terbaik untuk kita.


Okay, to make things straight, for girls who wears hijab, its on your own to choose which style. to be tudung saji, tudung bawal, tudung labuh, tudung botol, tudung ade-keras-dekat-depan and all sorts of tudung. but then, which is the best for you? As for my opinion, the best for dun'ya and akhirat.


For guys who like to socialize, its on your own to choose which style of social communication. to be to social, to be too timid, to be open-minded, to be easily-tempered and all kinds of social style. but then, mana yang terbaik untuk kamu? Bagi saya, yang terbaik untuk dunia dan akhirat.


Dont make things too complicated. as we change a lot, we had to face many cons. Believe me, its time to be considerate on everything, anything that influences ourself.


p/s : sekian peringatan Khamis malam Jumaat untuk diri sendiri.



Sunday, April 3, 2011

Alasan menunggu

Pagi tu angin bertiup kencang. sekencang gol jaringan Safee Sali. Siput-siput keluar mencari rezeki. Anak burung berkicauan merindui ibunya yang keluar mencari cacing-cacing. Anak jiran sebelah pulak tengah main badminton dengan dinding. Iyelah, anak tunggal.


Namun situasi di rumah jirannya sangat berbeza. Sunyi seperti tiada penghuni. Kata jirannya 'Biasalah, baru pukul 6.30. tak bangun lagi la tu'. Ada yang kata, 'Budak bujang mana bangun awal, tak rare lah camtu'. Senang cerita semua dah biasa.


Jadi, berdasarkan cerita pendek tergantung di atas, gua nak ubah persepsi. bukan semua budak bujang bangun lambat. bukan semua budak bujang tak reti masak. Jatuh air muka budak bujang macam ni. Gua nak ubah persepsi istilah air bujang. bukan air masak tapi air sirap bandung.


Tapi sebelum tu, bagi can gua berubah. bila gua dah ready, gua bagitahu. tak sampai seru lagi. Kordial sirap dari Malaysia dah habis. tunggu ada balik.


p/s : bila nak berubah, kenapa kena tunggu?


                                                



Saturday, April 2, 2011

Pameran

KARISMA (Karnival Sukan Mahasiswa Sejordan) baru tamat tadi. Sungguh, pengurusan kali ni memang terbaik. Komen komen dalam 2-3 tu biasalah, kadang kadang bukan dalam bidang kuasa pengurusan. sedangkan Olimpik pun ada cacat cela, inikan pulak KARISMA bawah pengurusan students sepenuh masa.


Esok pulak, ada pameran kebudayaan selama seminggu. Kali ni tak join lah pengurusannya, pancit KARISMA tak habis lagi. dengar cerita esok ada sate, memang kena pergi. 


Kawan arab pulak ajak terangkan pasal Malaysia dekat diorang esok. walhal Genting Highlands pun diorang dah pegi. Nak je teman ceghite pasal timun cicah sambe belacan tapi sedangkan sos cili pun diorang takleh pegi, simpan je le hasrat tu.


Jadi, esok nak promote Malaysia secara runcit-runcitan. Orang kata, runcit-runcit, lama-lama jadi supermarket. Doa doa tak tercerita lebih lebih, termasuk pulak tajuk pembukaan Melaka. tak ke haru kawan arab nak faham? 

Anti-sosial

Dalam dua tiga hari ni, terjumpa ada geng anti-sosial. kayu ukur kesosialan dia punya tinggi. sampai dengan budak kampung sendiri pun tak sembang. apatah lagi budak kampung depan.


Jadi, selepas atas kerja (on-duty, salahkan Google Translate) malam tadi yang rasa macam nak tercabut elbow, gua buat survey dan research ringkas. lagi bermakna dari buat research pasal konspirasi Earth Hour takpun kaitan Pelita Nasi Kandar dengan Illuminati. 


Paling common sekali, tak faham maksud sosial. bak kata kawan gua, otak jumud. sebut sosial, terus istighfar tunduk kepala ke bawah. Konfem semua orang pernah jumpa geng macam ni. Jujur gua cakap, gua lagi selesa bekerja dengan orang yang flexible. bukan terlampau sempit ruang pemikiran. sakit otak nak kerja beb.


Yang kedua, ego. ini gua tak nak cakap banyak. sebut sekali je lah. sebab sensitif isu ego ni. motor Ego pun tak sesensitif konteks ego yang gua maksudkan ni.


Lepas lepak dengan member sesekolah dulu, sungguh, gua rasa jalan gua sekarang jalan terbaik. dari dulu lagi dah rasa, tapi sekarang lagi terasa. manakan tidak, suasana balance macam ni, dekat sini cukup semua. Alhamdulillah

****

Pungutan pingat Mantiqah Irbid dah macam Olimpik. angka main pu pu je. Tahniah semua. 

p/s : hasrat hati nak tengok Final Piala Duta, tapi kerja sorting gambar pulak clash. ini yang buat rasa nak siku suis lampu. takpelah. doa untuk setiap pemain.