Wednesday, February 16, 2011

Masalah paling evergreen dalam Facebook

Selamat sejahtera. Adat manusia, nak ber'style' dan sentiasa up-to-date. tapi, ada pulak yang terlebih datenya sampai rasa meluat bila tengok. ini benda jujur ikhlas dari hati berkenaan masalah paling evergreen dalam Facebook yakni 'ewww' words & CaPsLock CrIme.


'Eww' words tu tak perlu nak diceritakan since IniAnwarHadi channel on youtube dah jelaskan dengan cara paling clear sekali. Bahasa ni entah datang dari mana stylenya, memang rasa nak siku keting siapa siapa yang tulis macam ni.


Another one is CaPslocK CriMe. Ini lagi satu komuniti yang suka buang masa menekan butang Shift berulang ulang kali. Menyusahkan badan dan menyakitkan mata, ini satu kenyataan. Nak baca memang satu masalah. Memang jenayah bahasa yang agak dahsyat sebenarnya. Tak sior teman. Style celah mana? story sikit.


AnNoYing SaNgAt BiLa BaCa AyAt SiMPle MacAm nI.

Jadi, harap harap, siapa yang terbaca dan terasa, tolong lah tukar. takut takut keyboard kena buang butang capslock + butang shift + butang W sekali nanti oleh jiran sebelah/anak sedara/pengasuh. ini untuk keamanan sejagat.

Selamat :)

Tuesday, February 15, 2011

Random

Its all about being sensitive about your environment.
-anonimus-

*******

Maulidur Rasul.
Mari sama sama berselawat ke atas Rasulullah

5 Fakta tentang hari ini :
1) Baru habis ROJAKS (program batch)
2) Rambut kena 'syampu timun'. melekit
3) Baru tahu Nabi berkhatan dalam kandungan *perkongsian dari orang berilmu
4) Berat turun 2 kg. hampa, penimbang rosak. rupanya berat naik. -.-
5) Tepung + air merupakan satu malapetaka atas baju dalam sebuah acara sukaneka


Sunday, February 13, 2011

Malaysia manis manis

Kelas hari ini macam biasa, 5 minit pertama cergas seperti Safee Sali atas padang. namun, selang 2 minit kemudian, kepala melentok mengangguk bukan tanda setuju. Ah, banyak beno setan bergayut dekat mata. Apa lagi, nescafe dihirup antara gap kelas.

Then, something interesting happened. Kawan Arab (Jordan-American) ask me to sit sebelah dia since dia nak cerita trip dia sefamily ke Malaysia. yes, ke Malaysia.

Pelik jugak sebab sebelum ni dia cakap yang dia tak suka Asean countries but then, his father, ex-soldier suggests the whole family to go to Malaysia under agent for a week. So, he went to Twin Towers, Kl Tower, Sunway Lagoon and Genting Highland. But dia cakap dia tak puas hati. dia nak pergi lagi, untuk sebulan.

So, the comments about Malaysia from him are always revolves around the greenish of Malaysia, the weather of Malaysia which is raining catdog cat and dog and the spicy food. Hati siapa yang tak berbunga bila negara sendiri kena puji. Dia cakap Malaysia macam Europe beside there is no true snow. Ah, kembang hidung lagi.

The point of the story is : Teman pun tidak ke Genting Highland lagi. Pangkor pun nasib kecik kecik dulu ayah bawak pergi. KLCC jarang sekali. KL tower baru 2-3 kali. Macamana nak tourguide member Arab kat Malaysia nanti? Aih, mangkor. Bawak ke Kuala Kangsar tengok labu sayong je la ye. :)

Malaysia kita, Wajah kita


Saturday, February 12, 2011

Winter trip dari sudut sejarah

Hosni Mubarak dah turun. 11022011. cantik tarikh ni, senang anak muda generasi akan datang nak hafal. Sekali, orang ingat tarikh syahidnya Imam Hassan Al-Banna 1942.

Betapa epiknya sejarah kita yang dahulu, kalau kita kaji. Jangan duduk je dalam bilik, pastu kata kita dah faham sejarah. Pengakuan ahli pakar sejarah dari Germany sendiri, banyak sejarah dah ditokok tambah, diolah sesedap rasa pakai gula perasa deme. haih.

Jadi, untuk itu, winter break lepas, trip ke Europe for menjejak sedikit sejarah + menghilangkan stress had been done. Ber-enam, bersama. Weewiit

Kenal ni? Joseph Staline in WWII
*in museum in Paris

Napoleon I Tomb in Paris's War Museum

They (Dutchs) even put their sailors' story to SouthEast Asia at the canals
interesting

Lastly, Masjid Biru. Kali ke-2 pergi, masih awesome dan terpegun bila tengok. 

Nota kaki :

1) Turkey masih negara paling menarik dan teromantik setakat ni berbanding France.
2) Amsterdam is a whole different Europe country. A lot different.
3) Holland has many people that can speak Malay. Fact
4) Belgium's waffle in Belgium itself is a whole new experience.
5) Hard Rock Cafe pun dilawati. 
6) Negara paling kosong dan tak hidup = Luxembourg. Stranded for 16 hours in -1C adalah satu penyiksaan

Sekian




Thursday, February 10, 2011

Sosial hujung minggu

Dalam banyak-banyak hari kelas dalam seminggu, hari khamis paling ditunggu. mana taknye, dekat Jordan, Jumaat cuti. bagi line buat pahala banyak sempena Sayyidul Ayyam. bukan itu lebih molek caranya? keh keh

Selalunya, hujung minggu masa untuk bersosial orang kata. Malam minggu, pergi minum teh susu dekat area Yamani, sembang 2-3 jam, tanya kabo member, baru ada jambatan hati. yelah, weekdays, ngengkome semua busy, weekends je lah nak bersua muka.

Lepas solat Jumaat pulak, bertebaran semua ke kedai kedai makan berdekatan. time ni pun, masa bersosial jugak. Orang kata, jangan kera sumbang, rugi diri sendiri. Toksah memerap je dalam bilik menghadap intenet. Rugi teman kabo, rugi.

Ini suasana dekat Jordan khususnya. dekat Malaysia, tak kurang mantap. Mapley 24 jam memang tak putus putus. Lagi meriah. tapi ikut keadaan le, kalau melepak duduk senyap tunggu time nak balik, tak jadi. 

Senang cerita, sosial ni bukannya clubbing dan buat benda bukan bukan je. Dah kena salah tafsir la ni. Inilah pentingnya English Education. Haa, nampak tak kome kat situ?

p/s : Seronok betul hujung minggu. Jangan buang masa sangat sudah la.

Wednesday, February 9, 2011

Benda benda baik kita share

Salam, bersempena dengan petang lepas lab yang nak mencecah suhu suam suam kuku, nak jugak rasanya share sekali dua pasal satu aktiviti atau interest yang betul betul menarik minat dan kadang-kadang menarik duit, fotografi 

Ramai sekarang ni ada DSLR or SLR or camera or apa apa yang boleh menangkap gambar, bukan menangkap rama-rama. Tak kurang jugak yang baru nak beli atau minat. Tapi ramai jugak yang nampak macam minat separuh jalan, macam menarik kaki lepas mencecah ke dalam tasik sejuk.

As for me, kamera and fotografi adalah benda yang baru. Luckily, this new hobby dicetuskan oleh kawan kawan sekeliling dan juga the beauty of the picture itself. Baru main main dalam 6 bulan, snapping pictures dah jadi addiction tapi takdelah seperti ketagihan dadah. keh keh

Bajet memang kena susun bila masuk arena kamera ni tapi kepuasan tu paling bernilai orang kata. orang cakap gambar buruk pun, tapi kita rasa cantik, memang berbaloi. *angkat calet sikit. As for beginner macam teman ni, memang dalam RM4000 jugak habis tapi takdelah mangkor bebeno ye dak?

Gambar sejarah, gambar bunga, gambar jiran sebelah main badminton, gambar kucing 'tomey tomey' , gambar anak ikan, gambar kawan lompat lompat, semua kita boleh tangkap.    

Mana yang gambar privasi, kita simpan, jangan sebar dekat Facebook. mana gambar lawa yang elok mata memandang, bukan sedap kaki penendang, kita bubuh dekat situ. ha, senang je kan?

Sebenarnya, post ini adalah untuk orang yang rasa putus asa atau baru nak mula angkat kamera, menjelajah alam sekitar. keh keh. Tenung tenung gambar gambar lawa dari studio studio atau rakan rakan sekeliling. Mana tahu, jiwa artistik muncul tiba tiba. pasal kewangan, kamera murah pun ada. yang penting skill kena kasi asah betul betul. Dari asyik buat benda dosa, lagi baik join main kamera. Pegi masjid janganlah pulak kita lupa.



p/s : ini gambar asli dari kamera sendiri. tak cantik? aih, tak kisah, yang penting teman puas hati.


Tuesday, February 8, 2011

10 Random Facts

Memandangkan langit tengah mendung sejuk mata memandang, jadi, amat comellah kalau dapat share sikit 2-3 fakta kurang karut sebelum pegi warm-up tendang tendang angin.


1) Bandar Portland di Oregon dinamakan melalui balingan syiling pada 1844. Kepala untuk Portland, ekor untuk Boston. (Nasib tak main ojus, lagi kelasik)


2) Just days before the World Cup of 1966 in England, the trophy was stolen and then later retrieved by a dog.


3) Bandar Irbid di Jordan tiada longkang seperti di Malaysia. Semalam hampir hampir nak jadi Pasar Terapung.


4) Tiram asli akan cair bila direndam dalam cuka.


5) If you are right handed, you will tend to chew food on your right side. If you are left handed, you likely to chew food on your left side.  (Man Kidal sure kunyah belah kiri. keh keh)


6) Fortune cookies were actually invented in America (not China), in 1918, by Charles Jung. Ironi bukan?


7) Siput babi boleh tidur selama 3 tahun tanpa bangun.


8) Horses can't vomit and pigs can't look up in the sky


9) Susu unta lagi banyak besi (iron) dari susu lembu. Ah, tak pekena lagi susu unta ni.


10) Fakta fakta di atas semua diambil dari Pakcik Google. Motif adalah untuk menyampaikan fakta no 3.


p/s : Dengar cerita perparitan Irbid pakai longkang bawah tanah. Aih, macam UK la plop.




Kalau materialistik, nampak mercedes. kalau artistik, nampak langit mendung sejuk mata memandang. tehee