Sunday, February 27, 2011

Aih, mahal

Pagi awal minggu perkuliahan, macam biasa, bangun awal bagi standard remaja berkuliah dan bergegas ke universiti. beli lecture note dekat bangunan Kejururawatan (Nursing). kira kira, 3.5JD. Ah, banyak pulak pakai duit. bawak 5 JD ni. nak tarik balik ke tak? 


Okay, perangai syaitonirrojim mana pulak masuk dalam jiwa raga suci mulus ni. Boleh pulak nak take time wonder-wonder nak beli lecture note ke tak. Bab belajar, tak payah kita nak berkira. Setakat 2-3 JD (RM10-12), itu kira sikit kalau nak banding dengan duit yang kita dapat, tak kira dari ayah emak takpun elaun bulan-bulan. Untuk masa depan yang cerah, bukan merosakkan masa depan ye tak?


Memang banyak pakai duit since terlepas nak beli nota kuliah keluaran Khamis minggu lepas. Ha, sekarang, nampak lagi salah diri sendiri. pegi tangguh tangguh, tup tup, sedebik duit kena keluar. Nampak? Common benda yang kita sama sama buat.


Jadi, untuk entry yang pendek menghina mencaci kesalahan sendiri  ini, moh sama sama kita lebih bersikap rasional. Berkira pada benda yang betul, main alat kira kira pada subjek yang betul. Baru hidup ada balance.


Buibui *ini bahasa comel kaut mana pun tak tahu



Saturday, February 26, 2011

Sederhana

In this 3 days, I'm having my own agendas on completing my dreams. A lot of it. but then, thinking back about keperluan dan kehendak, I take a step backwards and re-ponder.


Peoples, regarding their life, ada yang bercita cita tinggi. even it is out of his/her mind. Its not wrong memandangkan success comes from imagination/ambition. But, in present time, try being realistic. Can you become a successful studio-photographer while studying medicine? Yes, I have friends becoming that but as for me, I'm not like them. like seriously, 2 different things. And at this term, keperluan perlu diutamakan dari kehendak.


Envious to Jack-of-all-trade kind of person, since I am a master-of one (if you know what I mean). I cannot divide my attentions to two things straight. Lucky to my future wife right? :D
But walaupun anda adalah jack-of-all-trade dalam sebuah komuniti, jadilah bersederhana. Bagi peluang kepada rakan yang ingin/berminat. Tak rugi pun since you have a lot more talents to be spilled right?


Considerate, Tolerate, Success. 


p/s : Thanks to -anon- for this topic. cuba untuk lebihkan hujah but ini je yang saya mampu ;)

Tuesday, February 22, 2011

Kedai kenangan

Selamat sejahtera. Hari ni, hari seperti biasa. Sejuk cecah 10C, macam biasa. Angin macam terbangkan orang, nasib badan gemuk, macam biasa. Cuma ada benda luar biasa yang jadi.


Pergi maktabah (kedai buku) baru dekat area rumah (Depan mat'am Ozi), ada benda luar biasa.
Luar biasa bagi student geng geng 90-an, bukan zaman mileniem.


Dalam kedai tu, ada jual :


1) Kertas kertas warna nak buat buku skrap. (Ini kelasik time buat buku skrap Sejarah dan Kajian Tempatan).


2) Pemadam petak besar besar. Dulu main lawan pemadam dengan member sampai dikikis belah tepi bagi tambah ringan. Sampai penuh pensil box dengan pemadam, pensil kontot sebatang je, tumpul tak asah asah. standed


3) Liquid cair. kena tiup nak kasi kering. dulu sampai tak kasi bawak masuk dewan exam sebab cikgu takut anak anak murid lengah masa meniup sampai kering. Zaman tu, siapa pakai liquid yang tarik tarik tu, memang geng high standed orang cakap. 


4) Pemadam warna biru. bila nak padam, sampai koyak koyak kertas. sebab keras sangat. selalunya geng Staedtler pakai ni.


5) Kompas Kajian Tempatan (nak ukur jarak). Zaman sekolah kalau tak bawak bendalah ni, kena duduk depan, cikgu ambik nama. 


Ada lagi dua tiga stesyeneri yang kelasik dalam kedai tu. tak tahulah budak budak mileniem tahu benda benda ni. Sedangkan selut dengan lopak air pun tak dapat beza, apatah lagi benda benda kelasik lagi fantastik macam ni.


Ah, kenangan lagi. weewiiit

Saturday, February 19, 2011

Curi curi

Short note/ post on this weekend:
1) Hari sukan seJordan hujung minggu (semalam dan hari ini)
2) 1 Gold Medal in dart tournament. weewiitt
3) Kalau ada mesin urut, sedap betul sekarang ni. apatah lagi bini mengurut. peh
4) Esok kelas. -.-'

Doakan hidup tenang tenang. terima kasih

Thursday, February 17, 2011

Same old stuff

Salam Sejahtera *nada mirip pengacara Buletin utama
*Post kali ini agak sirius. sekali sekala kena berfikir ye tak?


Some people (on Facebook) kept and sometimes tired, thinking about the hardship and all the useless energy of 
becoming human. yes, i repeat, human.


Allah telah berfirman yakni mafhumnya, manusia adalah sebaik baik kejadian. Tapi, ada yang merendahkan darjat dirinya setaraf binatang. Atau mungkin rendah lagi.


With all the emotions and sifat dalam diri tu, its hard to see true humans. Even nice wonderful visions can be blurred with emotions. Right?


Contoh paling mudah :


Tong sampah punya banyak, sampah tetap buang merata.
Kompleks perniagaan yang berjaya dibangunkan dan maju, jatuh sebab member baik santau.

Ini 2 contoh paling mudah depan mata. Benda jauh-jauh, masing masing boleh fikir. At least, feel guilty as you are not like a human. A true human.


Its all about you, on your own, to create yourself.

p/s : post selepas baca akhbar Malaysia. sekian.

Wednesday, February 16, 2011

Masalah paling evergreen dalam Facebook

Selamat sejahtera. Adat manusia, nak ber'style' dan sentiasa up-to-date. tapi, ada pulak yang terlebih datenya sampai rasa meluat bila tengok. ini benda jujur ikhlas dari hati berkenaan masalah paling evergreen dalam Facebook yakni 'ewww' words & CaPsLock CrIme.


'Eww' words tu tak perlu nak diceritakan since IniAnwarHadi channel on youtube dah jelaskan dengan cara paling clear sekali. Bahasa ni entah datang dari mana stylenya, memang rasa nak siku keting siapa siapa yang tulis macam ni.


Another one is CaPslocK CriMe. Ini lagi satu komuniti yang suka buang masa menekan butang Shift berulang ulang kali. Menyusahkan badan dan menyakitkan mata, ini satu kenyataan. Nak baca memang satu masalah. Memang jenayah bahasa yang agak dahsyat sebenarnya. Tak sior teman. Style celah mana? story sikit.


AnNoYing SaNgAt BiLa BaCa AyAt SiMPle MacAm nI.

Jadi, harap harap, siapa yang terbaca dan terasa, tolong lah tukar. takut takut keyboard kena buang butang capslock + butang shift + butang W sekali nanti oleh jiran sebelah/anak sedara/pengasuh. ini untuk keamanan sejagat.

Selamat :)

Tuesday, February 15, 2011

Random

Its all about being sensitive about your environment.
-anonimus-

*******

Maulidur Rasul.
Mari sama sama berselawat ke atas Rasulullah

5 Fakta tentang hari ini :
1) Baru habis ROJAKS (program batch)
2) Rambut kena 'syampu timun'. melekit
3) Baru tahu Nabi berkhatan dalam kandungan *perkongsian dari orang berilmu
4) Berat turun 2 kg. hampa, penimbang rosak. rupanya berat naik. -.-
5) Tepung + air merupakan satu malapetaka atas baju dalam sebuah acara sukaneka