Thursday, April 28, 2011

Organisasi

Duduk di alam universiti, mesti ada tugasan atau persatuan atau kelab yang pasti kita perlu join. Kalau di Malaysia, banyak persatuan persatuannya. di Irbid, hanya ada Permai sebagai persatuan besar dan anak anak cabang dari Permai untuk melancarkan gerak kerja. Ini semua common sense. Carilah mana mana persatuan, jika tiada organisasi, maka bukan persatuan namanya, hanya satu name figure yang bakal kucar kacir sahaja.

Sebagai ketua, paling besar tanggungjawabnya walaupun ramai beranggapan ketua hanya memantau. Tanggungjawab keseluruhan program/persatuan jatuh kepada ketua. Jika berjaya program, maka berjayalah ketua dan biro biro yang bersama ketua. Jika tidak berjaya, maka haruslah dimuhasabah di mana punca kesalahan, tapi selalunya ke atas ketua. Pasti.

Lalu, pemilihan ketua itu tersangatlah penting. Perlu yang sentiasa berfikir untuk meningkatkan kerjanya. bukan yang selalu mengelat dari membuat kerja. Ketua yang mampu menerima sebarang idea dan kritikan bukan senang hendak dicari. Ada yang mampu menerima, tapi belakang tabir mengutuk dan mengeji si pemberi idea. ini memang selalu ada. Jangan risau.

Bagi biro biro yang di bawah, perlu bersikap lebih optimis dan yakin dengan kemampuan diri. Sebelum menjadi biro, yakin bahawa anda mampu membantu ketua di atas dan tidak menyusahkan dia. Kalau anda pernah menjadi biro sebelum ni, boleh KIV tempat anda untuk orang lain. Offer nama kepada ketua (bukan atas dasar melarikan diri) , nama yang tidak kelihatan sebelum ini. Iyalah, pelajar kampus di Malaysia adalah dalam beribu beribu setiap kampus, jadi tidak mustahil untuk terlepas pandang bakat kepimpinan terpendam.

Harus kita tetapkan niat, kita bekerja bukan dikerjakan oleh orang atasan. Setiap gerak dan butir idea kita insyaallah akan dihitung. Jika tidak dihitung dan disedari oleh ketua, Ketua segala Ketua, Allah S.W.T sentiasa memerhati hamba hambanya.

p/s : Bila kita pandang orang yang buat kerja tu macam senang, ingat, seberat-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Tuesday, April 26, 2011

Mudah tapi susah : syukur

Manusia ni bila inginkan sesuatu, pasti mahu sesuatu itu di tahap yang tertinggi.
Pasal pelajaran, mahu cemerlang tanpa satu cacat cela,
Pasal jawatan, mahu memegang sekalian rakyat marhaen,
Pasal makanan, mahu semua yang terlazat, tersedap. *bukan TER yang tak sengaja tu.

Bila kita tenung balik, perangai ni takkan bawak ke mana mana.
Setiap benda, pasti ada yang baru.
Kita nak IPhone 4, lepas tu keluar IPhone 5 pulak, kita nak beli jugak.
Kita dah ada lauk ayam masak lemak cili api dengan daging salai, nak kijang masak merah pulak.
Kita dah ada pangkat setiausaha, kita nak pangkat pengerusi pulak.
Dapat markah salah 5, nak terjun bangunan sebab tak dapat full mark.

Sampaikan satu masa, kita sanggup buat apa saja untuk benda tu.
Mencuri
Menyantau
Mengadu domba
Menggunakan segala celah jalan yang ada tanpa tahu asal usul jalan tersebut.

Sifat ni ada ubat dia, sepertimana ubat mengada ngada yakni penampar.
Ubat sifat ini bukanlah penampar tapi BERSYUKUR.
Bila kita bersyukur, kita akan rasa kita dah complete dengan usaha kita.
Cara mudah, bila berusaha, harus ada bersyukur.
Biar kita makan sepinggan hasil titik peluh kita, jika nak dbandingkan dengan orang yang tak bernasib baik.
Kita ada kudrat, itulah hasil berdasarkan kudrat kita.

Bayangkan, jika kita bersyukur, pasti aman damai sentosa manusia.
tiada hasad dengki, bergaduh tampar tampar tarik rambut.
Yang paling penting, USAHA dan BERSYUKUR ATAS HASIL USAHA.

Monday, April 25, 2011

Kasih ibu yang terulung

Hassan menghempas pintu biliknya lalu berlari ke katil dan menekup mukanya dengan bantal. Habis kejantanan beliau di sekolah. Rakan-rakan yang selama ini dianggap karib, meninggalkan beliau. Ini semua gara-gara Karim. Sudah pandai mencabar kedudukan beliau di sekolah. Muka pecah rumah, memang patut Hassan cuak.

Petang itu, emak Hassan menyuruh Hassan mencabut rumput di belakang rumah. Hassan naik berang. Tak gentleman lah kerja cabut rumput, tambahan pula hatinya sedang panas membara ibarat dibakar dengan penunu bunsen Makmal Sains sekolah tingkat 1. Hassan terus berlari keluar dan mencapai kenderaannya, BMX 1997 ada karat sikit dekat rim belakang.

Hassan pergi ke tepi sungai. Sungai tu tempat dia tenangkan diri. tak macam orang Bandar, ada permainan Beyblade dengan Facebook time masa lapang. Hassan cuma ada basikal buruk dan ibu ayahnya saja. Dia rasa kosong.

Tiba tiba, Hassan nampak seorang budak lebih kurang tingginya berjalan dengan seorang perempuan. Hassan seperti tahu perempuan itu seorang ibu melihat gayanya sahaja. Hebat bukan? Sebenarnya, perempuan itu Kak Eton, jiran Hassan. sebab tu dia tahu Kak Eton seorang ibu. Berbalik kepada cerita.

Hassan melihat budak itu tersenyum di samping ibunya. Sambil diusap kepalanya oleh ibu bertubi-tubi  berkali kali, budak tersebut menatap mata ibunya sambil berjalan kecil kecil. Hassan terfikir, lama betul dia tak rasa keadaan sebegitu. Semenjak menjadi johan pertandingan pemadam di sekolah, dia jarang bersembang dengan ibunya. Asyik dengan mengasah bucu pemadam, persiapan untuk perlawanan. cuma bila ada Karim, kehebatannya tergugat.

Dia rindu suasana itu. Dia terus berlari ke rumah, mencari ibunya. Kelihatan ibunya sedang menyabit di belakang rumah. Hassan tak jadi lari, takut tersabit. Dia tunggu di hadapan pintu belakang rumah. Selesai ibunya menyabit, Hassan memeluk ibunya. Sungguh suam suasana yang dia rasai, tenang hati beliau.

Keesokannya, Hassan ke kelas mengaji Darjah 4, dengan mencium tangan ibu dan ayahnya. Gembira sungguh hati Hassan.

p/s : Sejauh mana kita berlari, sehebat mana kita di gelanggang, sejuta kali kita menang perlawanan pun, kasih sayang ibu tetap yang terulung.

I love my mother. xoxo. mmuaahh

Sunday, April 24, 2011

Gadis gadis

Perempuan cantik di mata lelaki berbeza beza.
Ada suka yang comel comel.
ada suka yang tembam tembam.
ada suka yang tinggi.
ada suka yang kecil molek.

Tapi, semua nak yang solehah buat isteri.
Tak percaya, tanyalah.

Kalau lelaki nak yang solehah, dia kena soleh dulu.
Kalau nama Soleh tak semesti berakhlak soleh.
Kalau kaki judi kata nak isteri solehah, memang tak dapat.
sebab dia kena soleh dulu.

Nak cari lelaki yang soleh, tengok perangai dia dengan ibu ayah dia.
Kalau dia anak mithali, dia anak soleh.
Automatik.

****
Nasihat emak : Belajar dulu. 
Mudah, senang, padat.

Saturday, April 23, 2011

Unfriend

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Matahari tegak terpancar cahayanya. Namun, tidak tembus ke biliknya dek ditutup langsir rapat rapat. Hujung minggu, masa untuk berehat, sama seperti minggu minggu kuliah. Laptop yang dibiarkan dalam keadaan tidur (baca : sleep) dibiarkan di sebelah tepi. Digosok gosok matanya, seperti abang korea sepetnya. Penat semalam Musalman bergaduh manja di Facebook di statusnya yang berbunyi, 'Mencik dengan diew, tak ajak titew makan pown'. Ada orang yang cakap dia kurang kelelakian. Ada yang cakap dia buang tabiat. Penat dia bergaduh sampai ke subuh.


Dibukaknya Facebook kembali. Ada 1 notification. Pergaduhan tak habis lagi rupanya, ada yang tak puas hati dia buat gaya comel. Ini yang nak gaduh ni, baru tahu kejantanan Musalman anak Pak Karim ni. Terus Musalman menyerang di wall 'I-man Suarez' yang mengutuknya sebentar tadi. Musalman lupa yang dia belum solat Zohor lagi. Dia asyik dengan pergaduhan itu. Semua friend listnya men'stalk' pergaduhan tersebut dengan penuh rasa teruja.


Keesokannya, dalam kuliah, Musalman kelihatan bermasam muka sepanjang kuliah. Seperti kucing kepenatan. Rakannya pergi ke arah Musalman. Terus tanpa segan silu bertanya akan kemasaman dia hari ini. 'Dia unfriend dengan aku dalam Facebook, terus tak sembang dengan aku depan depan sekarang. Dah lama kitorang kawan beb, nak dekat 10 tahun. Aku melawak je semalam' ujar Musalman sambil menekup muka dengan tapak tangan sendiri seperti gadis. Rakannya hanya mampu menahan tapak tangan sendiri, rasa seperti mahu backhand melihat gaya gedik Musalman.


'Apahal murah sangat persahabatan diorang ni? Perangai konon up-to-date main unfriend-add friend dekat Facebook bawak sampai realiti. Dah la gaduh gaduh benda tak berilmiah. Lagho tu!' getus hati rakan Musalman. Dah la nama I-man Suarez, profile picture mulut muncung, tak gentleman langsung.' sambung hatinya lagi.


p/s : buruk betul gaduh dekat Facebook sampai semua orang tengok. 

Friday, April 22, 2011

Hak

'Hak itu bukan untuk dituntut tapi untuk ditunaikan.'

Petikan ayat dari Ustaz Syuk, sempoi sempoi macam Ramli Sarip gayanya tapi ilmunya, banyak dan selalu berkongsi. Lagi berkongsi, lagi bertambah.

Ayat ni disebut oleh anak syarahan Ustaz Syuk. kira macam pengkhabaran orang lain lah. ayat ni boleh buat orang fikir panjang, kalau dia orang yang waras, bukan orang yang fikir pakai hati emo-emo mat bunga ni.

Ramai orang yang sebut, 'Saya mahu hak saya kembali' , 'Hak aku dia tak pernah nak bagi sebagai tetamu, tak reti layan tetamu betul' dan macam macam lagi. Ini berlaku bila kita TUNTUT hak kita, bukan TUNAIKAN hak kita.

Seorang kawan datang ke rumah untuk bermalam, menjadi tetamu. Kalau dia tunaikan hak dia sebagai tetamu yakni memudahkan urusan tuan rumah, menjaga batas tetamu & tuan rumah menunaikan hak dia dengan memberikan layanan terbaik kepada tetamu dan sentiasa berlapang dada, konfem THE CYCLE OF HAQ berpusing dengan sendiri. semua orang dapat manfaatnya.

Kalau anak murid dan guru, jika hak sebagai anak murid yakni menghormati cikgu serta mematuhi peraturan sekolah & hak sebagai cikgu yakni mengajar dan membimbing anak murid ditunaikan, tiada kes pukul pukul atau guru ponteng mengajar dan sebagainya.

Benda macam ni bergantung kepada individu. Kesedaran yang paling kita tak sedar, kesedaran individu. Macamana nak sedar bila masing masing asyik tengok kesalahan orang lain, tidak menjalankan hak? Kesedaran ye ibu ibu dan anak anak sekalian.

Cc to Ustaz Syuk dan Salam Abdullah. harap penerangan ni tak salah tafsir lah orang kata.

Monday, April 18, 2011

Irbid Maju 2012

Petang yang suram. Awan mendung cuba menyejukkan rakyat jelata yang bagai cacing kepanasan (literally). Suhu 32C bukan boleh buat main. heatstroke pun boleh kena kalau tak pandai jaga diri. Bukan apa, sini panas kering ibarat hati tanpa cinta kepada yang Esa. cewah. 

Pulang dari Universiti naik coaster direct, terus menuju ke depan simpang rumah. Perjalanan 20 minit tadi mencabar juga, manakan tidak, gadis di hadapan tanpa segan silu membuka tingkap. Angin tiup tidak berbahasa, laju menghentam muka. Nak sound, tapi macam tak efisien sebab dia pakai earphone. Terus tarik tingkap laju laju tanda protes. Akibat kena angin laju-hentam-muka, terus pening pening sikit.

Berhenti je coaster, terus gua turun dengan yakin dan konfiden. Tak tengok belakang dah orang kata. Lepas gua turun, terus tengok tingkap cermin balik. yelah, nak buat isyarat 'gua chow dulu' dekat member dalam coaster tu. Tapi member gua buat gaya suruh tengok depan. Konfius ditambahkan dengan kepanasan ketika itu, gua tengok depan. Pelik jugak kenapa coaster ni tak gerak gerak.

.........

Gua naik coaster, terus seluk poket, bayar 0.40JD (RM2) dan terus mintak maaf dekat pemandu coaster. Dia gelak terkekek-kekek tapi gua tau dia panas kalau semua pelanggan dia macam ni. Melambatkan keefisianan dia. Misi MBI (Majlis Bandaraya Irbid) yakni menjadi setaraf Jepun pun tak tercapai kalau semua pelanggan macam gua.

******
Blogspot kena block. Nak baca blog jiwang jiwang, blog resepi pun tergendala. 
Tapi takpe, hikmah dia, boleh baca buku. bukan MukaBuku.
Sekian.