Wednesday, March 30, 2011

Ironi

Ahmad budak belasan tahun. baru habis SPM. Sementara tunggu result SPM, dia nak kerja dekat luar, nak bergaul dengan masyarakat luar. Yelah, 5 tahun duduk asrama, jiwa nak bebas membuak-buak. Tapi takde kerja kosong sekarang yang best best. MekD, KayFC, semua dah penuh. jadi, dia duduk dekat rumah


Dekat rumah, dia tolong kemas reban mak ayah belakang rumah. Kalau tengok, insyaallah banyak pahala. Lepas dapat result, dia masuk U local. Dia cakap, malas dia nak pergi oversea ni, takut homesick. Alasan dia tak munasabah langsung.


Dekat sana, dia dapat bergaul dengan macam macam orang. Jiwa bebas dia lain dari yang lain. Tapi, sebebas bebas dia, iman dia masih ada. nak buat benda bukan bukan memang dia fikir 2 3 kali. Senang cerita, pandai bawak diri. Ini kawan kawan dia yang cerita.


Tapi, ada satu group ni [nama samaran : group X] panas bila ada geng geng nak bersosial ni. bagi diorang, sembang dengan lain lain jantina ni tak perlu. Sembang dengan kawan kawan sama sama jantina, kena time penting sahaja. kalau nak buang masa, tak payah sembang. Istilah mengeteh dan lepak mamak tengah malam memang takde.


Suatu hari, Ahmad keluar depan perpustakaan. dekat depan library, ada budak perempuan tegur dia, cakap Hai. Ahmad balas Hai balik macam biasa, simple tenang. Tapi nasib dia tak baik, ada sorang ahli Group X dekat area situ nampak.dah macam cerita penyiasat pulak.


Ahli group X dengan pantasnya terus bergerak ke arah Ahmad. tak tahulah sama ada dia berlari atau speed walk, tapi yang pasti laju. Ahmad terkejut bila nampak ada orang meluru ke arah dia macam peluru. Punyalah laju. Sampai je ahli G.X dekat sebelah dia, Ahmad kena sound. Pasal tegur menegur tadi. Ada jugak ahli G.X cakap yang Ahmad ni antara orang yang terpengaruh dengan lagu lagu perihal wanita. Benda benda macam ni yang menyumbang kebejatan akhlak masyarakat muda sekarang. Ahmad tunduk sedikit. Takut dia nak tengok muka orang marah marah ni. Dalam hati dia, marah marah jugak sebab tiba tiba kena marah. Takde muqaddimah langsung.


Tengah proses tegur tegur tadi, tiba tiba kedengaran,  
'Aku memang pencinta wanita, namun ku bukan buaya..'.


Ahli Group X menyeluk saku sendiri, mengambil telefon bimbitnya. Sambil menyeluk, sambil berganjak ke belakang, sehingga hilang dari pandangan Ahmad. Ahmad pelik. Namun terus bergegas, sudah Azan Asar.

Friday, March 25, 2011

Bintang

Sesi perbincangan remaja muda-umur-bawah-25-tahun kali ini membincangkan hal-hal dunia sambil berbekalkan Al-Quran Tafsir. Dimulakan dengan makanan berat-berat seperti nasi berlaukkan kari ayam, ibarat jamuan akhir tahun kelas gayanya. Iyalah, pengisian jasmani sebelum rohani, baru seimbang dan khusyuk. ini semua common sense.


Perihal perbincangan, satu benda yang menarik minat perihal kekayaan. Harta benda di dunia ni secara amnya : lagi sikit, lagi mahal. Hanya yang kaya mampu membeli barang barang yang mahal/rare ni. benar bukan?


'Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala' (QS. 67:5)


Allah menciptakan bintang dengan banyak di langit. Sangat banyak sehingga ada pelbagai jenis zodiak. Bintang Tiga tu kes lain, bukan bintang di langit. Jadi, berapa ramai yang kaya dekat dunia ni boleh beli bintang? Usahkan beli, menjejakkan kaki pun masih berkira-kira lagi ye tak? Betapa kerdil kita dekat dunia ni.


Analogi mudah dari tafsir Surah Al-Mulk ayat ke 5. Dalam kita sibuk ambil port hal dunia, kita perlahan-lahan sibukkan hal akhirat.


Sekian, selamat beramal

Sunday, March 20, 2011

Kucing jadian

Biodata


Nama : Kucing/Meow/Meor/Jin (bergantung kepada situasi)
Umur : 6 bulan.
Jantina : Jantan yang selalu dibuli oleh tuan-tuannya
Baka : Shirazy. tapi perangai macam yakuza. entah, mungkin kacuk Jepun-Arab.
Hobi : Main kejar kejar dengan kucing betina atas bumbung rumah.
Rutin wajib : berjemur di tingkap tepat pukul 10 pagi (sambil ushar anak kucing betina depan rumah). 
Cita-cita : Peguam.
Motto hidup : 'tak dapat daging, tulang ayam pun jadi'



Wednesday, March 16, 2011

Kusut Masai

Orang selalu cakap, rupa di luar tak mencerminkan dalaman kita. Omputih cakap, dont judge a book by its cover.


Tapi kalau dekat luar, pakai compang-camping muka bangun tidur rambut kusut masai, boleh kita anggap dia orang yang berjaya? First impression boleh jadi long-time impression. Kalau gaya jalan dan duduk macam kurang beradab, secara automatik orang akan assume bukan-bukan.


Satu benda yang dari dulu tak dapat nak dirungkaikan, orang Arab dekat sini semua pakai kasut. even nak keluar ke depan rumah. selipar selipar ni tak main. baju tuck in, seluar betul betul atas buku lali. memang first impression cemerlang lah. double impression tu biar merasa sendiri. biasalah, ada yang baik, ada yang buruk.


Jadi, untuk berpura pura kemas ni bukan senang. susah sebenarnya. jangan nak kemas depan calon isteri je. biar kemas luar dalam dari sekarang. senang masa depan nanti. bila kita kemas, secara automatik terus jadi pembersih. tak percaya, kita cuba sama sama. Tak rugi pun, untung sama sama.


Perut tutup tali pinggang pun tapi kemas pun dah orait orang kata. badan kering tanpa bau hapak jadi satu aksesori bila nak communicate. selesa orang kata. Umur umur macam ni dah tak comel dah nak aktif berpeluh peluh baring dekat peha orang dewasa macam kecik kecik dulu. takut kena siku bertalu talu dengan rakan sebaya. bahaya tu. Mature sense kena ada orang kata.


****

Bangga bila tiap tiap hari ingat mak ayah. letak dekat dompet belah sayap kiri gambar dua dua. tapi ni gambar lama. balik Malaysia, nak gambar baru lah. gambar hitam putih tak feel sangat. haha.harapnya, gambar isteri bakal menyusul dalam beberapa tahun lagi. aish, sabo je le. :)

Tuesday, March 15, 2011

Pembentangan perihal peramah

Ini pengakuan paling terang benderang pernah dibuat. saya peramah.


betul. gua peramah. tapi kalau jumpa dengan orang baru lah. tak tahu apasal. mula mula kenal, konfem rasa annoying. setakat ni, adalah dalam 3/4 bilangan kawan cakap macam tu. tapi bila dah lama kenal, 1/10 cakap gua sebenarnya inesen. lagi 9/10 menten cakap gua annoying sambil senyum sinis. okaylah tu ada senyum sinis, good body language.


Sebenarnya, gua tak suka tengok orang muram. masam sangat muka. tak suka. tu sebab gua suka buat bising sikit. tapi kalau sampai ramai sangat membentak suruh gua diam, gua bising dalam diri. bahasa sastera dia : monolog dalaman bertubi-tubi.


Tapi bila orang orang yang membentak tu semua senyum happy bila gua bising, itu memang satu feeling yang undescribebel. bukan senang nak senyum ni, berpuluh puluh otot diperlukan berbanding untuk muram yakni tak sampai berbelas otot pun.


Cuma sekarang, ada masa kita kena diam ye tak? Kalau bising banyak, nampak kurang berilmu pulak. Ada masa kena serius. takkan masa jumpa bakal mak ayah mertua nak bising bising jugak? takda common sense tu. dengan orang tua, kena jaga bahasa, baru ada adab sikit orang kata. bising takda adab rasa nak siku je.


Jadi, untuk yang pernah terasa percakapan atau pembisingan tanpa tolak ansur dari saya, harap dapat dibuang dendam dan panas hati. saya nak jadi macam abang abang dan kakak saya, professional dalam karier pembisingan ni. can control bising and diam. dari sekarang lah kena mula. bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat, melentur buluh biarlah dari rebungnya.


p/s : awkward pakai saya untuk bentang hujah. maaf pakai gua. sekian

Monday, March 14, 2011

Rahsia la sangat

Rahsia tu maksudnya rahsia. Benda yang tak boleh kita bagitahu. Kena simpan bila kita tahu. Rahsia kita kadang kadang tak selalu sama dengan orang lain. dah nama pun rahsia.

Rahsia tarikh lahir, rahsia tarikh lahir ikut Islam, rahsia tarikh lahir pasangan anda, rahsia tarikh lahir pasu bunga rumah anda, rahsia mahu kurus dalam masa 30 minit. Ah, karut semua ni. Tahu, semua tu spam dekat Facebook. tapi ada jugak yang percaya pastu excited sebab banyak rahsia baik baik dia dapat. padahal semua sama je spam tu. Ah, terlampau fragile pemikiran. sangat melampau.

Okay, mintak maaf kalau sapa sapa terasa. lepas ni, boleh lah cari rahsia nak lepas tahun dekat Facebook. boleh kita percaya pastu excited sama sama ye? Oyeah!

p/s : Sampai ada rahsia perangai bakal anak anda, terlampau hebat Facebook ni. -.-'

Saturday, March 12, 2011

Preity Zinta pun comel

As to end the weekends, I watched a movie, Kal Ho Naa Ho. (tarik nafas panjang panjang, entry over-long)

Ok, best sangat cerita ni. tak dapat nak diterangkan dengan perkataan. Lain dari yang lain. Plot cerita walaupun sama macam cerita melayu yang ada kat TV, tapi feeling dia lain. Jarang dapat tengok cerita yang dapat buat jantung degup kencang kepada lelaki. Kalau perempuan, lelaki Korea kenyit mata sebelah pun dah cukup cair. bukan hati malah seluruh badan. ini general statement berdasarkan pemerhatian.

Cerita Hindustan dulu pukul 3.30 petang hari Sabtu. Memang tengok kalau ada masa. tapi bukan cintan cintun yang menarik minat. tapi kesan cerita. serius. kalau tak percaya, cuba bukak 'Hello Brother' sekarang. tak nangis, tak true. Kalau bab kekeluargaan, kasi kat penerbit cerita cerita Hindustan, baru leleh air mata. jangan bagi dekat Dr Rozmey, takut dapat 4 juta penampar.

Orang kata tarian cerita Hindustan ni melampau lampau kostumnya. Ah, memang betul tapi Kal Ho Na Ho memang lain. Dulu, time kecik kecik, selalu teka berapa banyak baju hero/heroin tukar. menang dapat coki coki. Free je pun sebab opah ada kedai runcit. heh. Kal Ho Na Ho memang lain, sebab cerita dia ala ala urban sikit, jadi kurang lah kot penukaran baju dia.

Nak kata heroin lawa penarik minat, takde lah sangat. Efek menangis tu kena true. kalau bab ni, bagi Kajol dengan Preity Zinta ( walaupun dulu dulu dia kayu). Rani Mukherjee jangan lupa, itu ratu tangis. Muka tak patung, nampak natural orang kata.

Lagi satu, moral cerita selalu ada. menangis sebab benda realiti boleh jadi bukan sebab suami kena santau main perempuan lain. Paling simple, toleransi dan menghargai cinta konfem ada. Tak percaya, tengok Kal Ho Na Ho pakai earphone sorang sorang sambil tengok lirik time dia nyanyi. alang alang taknak bagi kantoi nangis, buat buat lah potong bawang depan laptop/ tutup lampu. 3 jam pun tak rasa, tapi sembahyang Isyak jangan lupa.

Ini dah macam promoter cerita Hindustan. tapi apa salahnya, benda baik kita share. Cerita Melayu kena support jugak, tapi apa salahnya tengok cerita obersea sikit? Dari tengok videoklip penyanyi korea kenyit mata banyak kali ye tak?

Friday, March 11, 2011

Takde isu, update diri

Jadi, sekarang sudah masuk musim bunga tapi suhu boleh turun sampai -4. Nak study pun tak selesa orang kata, menggigil macam ada penyakit. nak highlight kertas jadi corak zigzag. tension jugak kadang kadang. 

Badan naik 5 kg lagi. ini kali ke berapa naik pun tak tahu. tapi pelik, menten kacak. ramai cakap camtu. ah, nak blushing pun tak jadi sebab sejuk.

Update pendek sebab takde isu semasa. nak sembang pasal Gaddafi, tapi baru nak kaji. selamat.

Exam 11/4 Doakan lah ye :)

Thursday, March 10, 2011

Hargai ibu bapa kita

The best gift in your life is your parents, then your wife.

Mak ayah adalah kebanggaan saya.
Untuk sampai tahap berjaya sekarang ni, semua dididik oleh mereka.

Disebat dengan paip getah sebab tak pergi tadika
Hidup paling gembira dengan mak ayah
Tiap tiap petang pergi masuk pejabat sekolah mintak duit dengan mak
Dapat coklat sedap setiap kali ayah outstation

Dulu, tiap tiap hari tengok muka mak ayah dalam realiti.
Sekarang, tiap tiap hari tengok muka mak ayah dalam dompet.
Masakan emak paling sedap, duit dari dompet ayah paling bernilai.
Saya anak emak ayah, saya OK!

p/s : Ini bukan rindu tipikal. ini rindu ikhlas dari hati.

Saturday, March 5, 2011

Hati berbunga siapa yang tahu

Musim paling di-tunggu. bukan musim peperiksaan, bukan musim perkahwinan. tapi musim bunga. dekat Jordan, kejap je ada. sirius kejap. adalah dalam sebulan lebih.


Setahun sekali bertukar musim, ini semua orang tahu. Musim sejuk, bunga, luruh, panas. Geografi tingkatan 3 dah belajar. penat cikgu Usop ajar sampai buat kelas tambahan intensif.

Itu jelah post kali ini. pasal musim bunga. ada bunga sakura ala-ala cerita korea. tapi entah, kamera tak sempat nak dipegang dek penangan exam 'darah dan limpatik'. lepas ni akan digiatkan lagi aktiviti menembak lensa. 


Model : bekas model deodorant. ini tak tipu

Ini kawasan Umm Qays. sebelah sana, kawasan Israel.
Sini kawasan peninggalan Rome.
Time musim bunga, berbungalah kawasan ni.
Tapi, sebunga bunga kawasan ni, lagi berbunga hati.

***
Maaf tak berisi blog ni sejak 6 hari lepas.
Tolak 2 hari intenet lembab,
ada 4 hari. tiada alasan di situ.


Sekian