Ahmad budak belasan tahun. baru habis SPM. Sementara tunggu result SPM, dia nak kerja dekat luar, nak bergaul dengan masyarakat luar. Yelah, 5 tahun duduk asrama, jiwa nak bebas membuak-buak. Tapi takde kerja kosong sekarang yang best best. MekD, KayFC, semua dah penuh. jadi, dia duduk dekat rumah
Dekat rumah, dia tolong kemas reban mak ayah belakang rumah. Kalau tengok, insyaallah banyak pahala. Lepas dapat result, dia masuk U local. Dia cakap, malas dia nak pergi oversea ni, takut homesick. Alasan dia tak munasabah langsung.
Dekat sana, dia dapat bergaul dengan macam macam orang. Jiwa bebas dia lain dari yang lain. Tapi, sebebas bebas dia, iman dia masih ada. nak buat benda bukan bukan memang dia fikir 2 3 kali. Senang cerita, pandai bawak diri. Ini kawan kawan dia yang cerita.
Tapi, ada satu group ni [nama samaran : group X] panas bila ada geng geng nak bersosial ni. bagi diorang, sembang dengan lain lain jantina ni tak perlu. Sembang dengan kawan kawan sama sama jantina, kena time penting sahaja. kalau nak buang masa, tak payah sembang. Istilah mengeteh dan lepak mamak tengah malam memang takde.
Suatu hari, Ahmad keluar depan perpustakaan. dekat depan library, ada budak perempuan tegur dia, cakap Hai. Ahmad balas Hai balik macam biasa, simple tenang. Tapi nasib dia tak baik, ada sorang ahli Group X dekat area situ nampak.dah macam cerita penyiasat pulak.
Ahli group X dengan pantasnya terus bergerak ke arah Ahmad. tak tahulah sama ada dia berlari atau speed walk, tapi yang pasti laju. Ahmad terkejut bila nampak ada orang meluru ke arah dia macam peluru. Punyalah laju. Sampai je ahli G.X dekat sebelah dia, Ahmad kena sound. Pasal tegur menegur tadi. Ada jugak ahli G.X cakap yang Ahmad ni antara orang yang terpengaruh dengan lagu lagu perihal wanita. Benda benda macam ni yang menyumbang kebejatan akhlak masyarakat muda sekarang. Ahmad tunduk sedikit. Takut dia nak tengok muka orang marah marah ni. Dalam hati dia, marah marah jugak sebab tiba tiba kena marah. Takde muqaddimah langsung.
Tengah proses tegur tegur tadi, tiba tiba kedengaran,
'Aku memang pencinta wanita, namun ku bukan buaya..'.
Ahli Group X menyeluk saku sendiri, mengambil telefon bimbitnya. Sambil menyeluk, sambil berganjak ke belakang, sehingga hilang dari pandangan Ahmad. Ahmad pelik. Namun terus bergegas, sudah Azan Asar.
No comments:
Post a Comment