Saturday, April 2, 2011

Anti-sosial

Dalam dua tiga hari ni, terjumpa ada geng anti-sosial. kayu ukur kesosialan dia punya tinggi. sampai dengan budak kampung sendiri pun tak sembang. apatah lagi budak kampung depan.


Jadi, selepas atas kerja (on-duty, salahkan Google Translate) malam tadi yang rasa macam nak tercabut elbow, gua buat survey dan research ringkas. lagi bermakna dari buat research pasal konspirasi Earth Hour takpun kaitan Pelita Nasi Kandar dengan Illuminati. 


Paling common sekali, tak faham maksud sosial. bak kata kawan gua, otak jumud. sebut sosial, terus istighfar tunduk kepala ke bawah. Konfem semua orang pernah jumpa geng macam ni. Jujur gua cakap, gua lagi selesa bekerja dengan orang yang flexible. bukan terlampau sempit ruang pemikiran. sakit otak nak kerja beb.


Yang kedua, ego. ini gua tak nak cakap banyak. sebut sekali je lah. sebab sensitif isu ego ni. motor Ego pun tak sesensitif konteks ego yang gua maksudkan ni.


Lepas lepak dengan member sesekolah dulu, sungguh, gua rasa jalan gua sekarang jalan terbaik. dari dulu lagi dah rasa, tapi sekarang lagi terasa. manakan tidak, suasana balance macam ni, dekat sini cukup semua. Alhamdulillah

****

Pungutan pingat Mantiqah Irbid dah macam Olimpik. angka main pu pu je. Tahniah semua. 

p/s : hasrat hati nak tengok Final Piala Duta, tapi kerja sorting gambar pulak clash. ini yang buat rasa nak siku suis lampu. takpelah. doa untuk setiap pemain. 

3 comments:

muSafir said...

Islam tu pun kan flexible,
لا افراط ولا تفريط
=)

Anuar said...

musafir : benar benar

Anuar said...

senang cerita kena bersederhana.