Monday, April 25, 2011

Kasih ibu yang terulung

Hassan menghempas pintu biliknya lalu berlari ke katil dan menekup mukanya dengan bantal. Habis kejantanan beliau di sekolah. Rakan-rakan yang selama ini dianggap karib, meninggalkan beliau. Ini semua gara-gara Karim. Sudah pandai mencabar kedudukan beliau di sekolah. Muka pecah rumah, memang patut Hassan cuak.

Petang itu, emak Hassan menyuruh Hassan mencabut rumput di belakang rumah. Hassan naik berang. Tak gentleman lah kerja cabut rumput, tambahan pula hatinya sedang panas membara ibarat dibakar dengan penunu bunsen Makmal Sains sekolah tingkat 1. Hassan terus berlari keluar dan mencapai kenderaannya, BMX 1997 ada karat sikit dekat rim belakang.

Hassan pergi ke tepi sungai. Sungai tu tempat dia tenangkan diri. tak macam orang Bandar, ada permainan Beyblade dengan Facebook time masa lapang. Hassan cuma ada basikal buruk dan ibu ayahnya saja. Dia rasa kosong.

Tiba tiba, Hassan nampak seorang budak lebih kurang tingginya berjalan dengan seorang perempuan. Hassan seperti tahu perempuan itu seorang ibu melihat gayanya sahaja. Hebat bukan? Sebenarnya, perempuan itu Kak Eton, jiran Hassan. sebab tu dia tahu Kak Eton seorang ibu. Berbalik kepada cerita.

Hassan melihat budak itu tersenyum di samping ibunya. Sambil diusap kepalanya oleh ibu bertubi-tubi  berkali kali, budak tersebut menatap mata ibunya sambil berjalan kecil kecil. Hassan terfikir, lama betul dia tak rasa keadaan sebegitu. Semenjak menjadi johan pertandingan pemadam di sekolah, dia jarang bersembang dengan ibunya. Asyik dengan mengasah bucu pemadam, persiapan untuk perlawanan. cuma bila ada Karim, kehebatannya tergugat.

Dia rindu suasana itu. Dia terus berlari ke rumah, mencari ibunya. Kelihatan ibunya sedang menyabit di belakang rumah. Hassan tak jadi lari, takut tersabit. Dia tunggu di hadapan pintu belakang rumah. Selesai ibunya menyabit, Hassan memeluk ibunya. Sungguh suam suasana yang dia rasai, tenang hati beliau.

Keesokannya, Hassan ke kelas mengaji Darjah 4, dengan mencium tangan ibu dan ayahnya. Gembira sungguh hati Hassan.

p/s : Sejauh mana kita berlari, sehebat mana kita di gelanggang, sejuta kali kita menang perlawanan pun, kasih sayang ibu tetap yang terulung.

I love my mother. xoxo. mmuaahh

No comments: