Sunday, February 27, 2011

Aih, mahal

Pagi awal minggu perkuliahan, macam biasa, bangun awal bagi standard remaja berkuliah dan bergegas ke universiti. beli lecture note dekat bangunan Kejururawatan (Nursing). kira kira, 3.5JD. Ah, banyak pulak pakai duit. bawak 5 JD ni. nak tarik balik ke tak? 


Okay, perangai syaitonirrojim mana pulak masuk dalam jiwa raga suci mulus ni. Boleh pulak nak take time wonder-wonder nak beli lecture note ke tak. Bab belajar, tak payah kita nak berkira. Setakat 2-3 JD (RM10-12), itu kira sikit kalau nak banding dengan duit yang kita dapat, tak kira dari ayah emak takpun elaun bulan-bulan. Untuk masa depan yang cerah, bukan merosakkan masa depan ye tak?


Memang banyak pakai duit since terlepas nak beli nota kuliah keluaran Khamis minggu lepas. Ha, sekarang, nampak lagi salah diri sendiri. pegi tangguh tangguh, tup tup, sedebik duit kena keluar. Nampak? Common benda yang kita sama sama buat.


Jadi, untuk entry yang pendek menghina mencaci kesalahan sendiri  ini, moh sama sama kita lebih bersikap rasional. Berkira pada benda yang betul, main alat kira kira pada subjek yang betul. Baru hidup ada balance.


Buibui *ini bahasa comel kaut mana pun tak tahu



No comments: