Thursday, February 10, 2011

Sosial hujung minggu

Dalam banyak-banyak hari kelas dalam seminggu, hari khamis paling ditunggu. mana taknye, dekat Jordan, Jumaat cuti. bagi line buat pahala banyak sempena Sayyidul Ayyam. bukan itu lebih molek caranya? keh keh

Selalunya, hujung minggu masa untuk bersosial orang kata. Malam minggu, pergi minum teh susu dekat area Yamani, sembang 2-3 jam, tanya kabo member, baru ada jambatan hati. yelah, weekdays, ngengkome semua busy, weekends je lah nak bersua muka.

Lepas solat Jumaat pulak, bertebaran semua ke kedai kedai makan berdekatan. time ni pun, masa bersosial jugak. Orang kata, jangan kera sumbang, rugi diri sendiri. Toksah memerap je dalam bilik menghadap intenet. Rugi teman kabo, rugi.

Ini suasana dekat Jordan khususnya. dekat Malaysia, tak kurang mantap. Mapley 24 jam memang tak putus putus. Lagi meriah. tapi ikut keadaan le, kalau melepak duduk senyap tunggu time nak balik, tak jadi. 

Senang cerita, sosial ni bukannya clubbing dan buat benda bukan bukan je. Dah kena salah tafsir la ni. Inilah pentingnya English Education. Haa, nampak tak kome kat situ?

p/s : Seronok betul hujung minggu. Jangan buang masa sangat sudah la.

No comments: