Wednesday, February 9, 2011

Benda benda baik kita share

Salam, bersempena dengan petang lepas lab yang nak mencecah suhu suam suam kuku, nak jugak rasanya share sekali dua pasal satu aktiviti atau interest yang betul betul menarik minat dan kadang-kadang menarik duit, fotografi 

Ramai sekarang ni ada DSLR or SLR or camera or apa apa yang boleh menangkap gambar, bukan menangkap rama-rama. Tak kurang jugak yang baru nak beli atau minat. Tapi ramai jugak yang nampak macam minat separuh jalan, macam menarik kaki lepas mencecah ke dalam tasik sejuk.

As for me, kamera and fotografi adalah benda yang baru. Luckily, this new hobby dicetuskan oleh kawan kawan sekeliling dan juga the beauty of the picture itself. Baru main main dalam 6 bulan, snapping pictures dah jadi addiction tapi takdelah seperti ketagihan dadah. keh keh

Bajet memang kena susun bila masuk arena kamera ni tapi kepuasan tu paling bernilai orang kata. orang cakap gambar buruk pun, tapi kita rasa cantik, memang berbaloi. *angkat calet sikit. As for beginner macam teman ni, memang dalam RM4000 jugak habis tapi takdelah mangkor bebeno ye dak?

Gambar sejarah, gambar bunga, gambar jiran sebelah main badminton, gambar kucing 'tomey tomey' , gambar anak ikan, gambar kawan lompat lompat, semua kita boleh tangkap.    

Mana yang gambar privasi, kita simpan, jangan sebar dekat Facebook. mana gambar lawa yang elok mata memandang, bukan sedap kaki penendang, kita bubuh dekat situ. ha, senang je kan?

Sebenarnya, post ini adalah untuk orang yang rasa putus asa atau baru nak mula angkat kamera, menjelajah alam sekitar. keh keh. Tenung tenung gambar gambar lawa dari studio studio atau rakan rakan sekeliling. Mana tahu, jiwa artistik muncul tiba tiba. pasal kewangan, kamera murah pun ada. yang penting skill kena kasi asah betul betul. Dari asyik buat benda dosa, lagi baik join main kamera. Pegi masjid janganlah pulak kita lupa.



p/s : ini gambar asli dari kamera sendiri. tak cantik? aih, tak kisah, yang penting teman puas hati.


No comments: