Thursday, May 5, 2011

Obses medik

Satu fenomena. Bila kita dapat skor tinggi tinggi dalam SPM, kita pasti akan bertekad untuk ambil bidang perubatan. tiada ruang untuk bidang lain. Kerana apa? Result tinggi, pasti medik. tiada bidang lain.

Kurang bijak. Buang fikiran kolot macam tu. Cuba kita fikir, apa yang menyebabkan Medik dikira bidang yang paling gah? Walhal nak belajarnya sama susah dengan bidang bidang lain. Kejuruteraan, Law, Fashion, Food Technology, Biotechnology, Veterinary, Sains Politik, Sains Sosiobudaya semuanya susah juga, cuma dari pelbagai aspek.

Cuma, kita hanya dikhabarkan oleh movie dan berita bahawa Medik ini nampak lagaknya macho dan cool. Dengan memakai spek, rambut sikat tepi, berdada bidang, berperut six pack, bersopan santun, semuanya separuh betul, separuh dusta. Bukti? Yang menulis ni sendiri mengambil bidang Medik perut boroi. Nah.

Jadi, kenapa perlu sedih jika bidang Perubatan dibekukan? Banyak lagi bidang yang terbuka. Rasa rugi sebab dah skor SPM penat penat lalu bidang lain tak berbaloi dek usaha anda? Nyata anda kurang bijak. Bidang guaman lagi susah dari segi terminologi dan segala references yang perlu dikaji demi menjadi peguam yang bijak. Bidang kejuruteraan perlukan ketekunan dan kreativiti untuk menjadi jurutera yang kompetitif. Pulangan, sama lumayan. Kalau tak sama, lebih kurang.

Nak nampak macho dan cool? Jadi la pramugara/pramugara. Pilot lagi market. Kerja main atas langit je. Nak jadi famous? Tang mana perubatan famous? Lagi baik jadi penari latar artis kalau betul hidup nak famous. Banyak pilihan sebenarnya.

Jadi, apa yang sebenarnya perlu kita ikut?

Hati kita. Kalau betul kita nak medik, mungkin bukan rezeki adik adik untuk menyambung di bidang perubatan bagi tempoh 5 tahun akan datang tapi bukan bermaksud jalan kita sudah mati. Kita cuba timbulkan minat yang ada kena dengan perubatan. sebagai contoh pergigian dan farmasi, dua bidang yang prospek tinggi dan sangat berbaloi. Occupational therapy pun berpotensi tinggi. Veterinary dan Biotechnology apatah lagi. Tak perlu emo macam nak mati.

Jangan kita ambik apa apa bidang sebab ikut orang. Ini pesan orang orang tua paling faveret dari dulu lagi

p/s : Selami hati tu, cari minat. Bagi yang dah dapat tapi tak nak pun boleh apply cara ni. Paling penting, bersyukur.

-ini personal POV, kalau tak puas hati, maaf lah-

4 comments:

Unknown said...

setuju sungguh2 dengan nuar saad.

Anonymous said...

Kadang kadang bukan sebab ikut orang, tapi ibu ayah punya harapan.

Anuar said...

izzati : tq bersetuju.

fzee : itu memang betul tapi kalau dah harapan, kita pupuk je minat. kalau pasal isu medik dibekukan, takkan mak ayah nak paksa kita ambil lagi? so, kita akan cuba cari bidang lain lah kan? :)

sofi said...

bila dah byk sgt doctor pown susah,t penat2 belajar takde kerja..kan sdih grad medic menganggur..malaysian medical student rmai,numbers of doc in the future pown mungkin overflow..

bidang laen pown ok pe..contohnya dentistry =) cool la dentistry,kerja office hour balik leyh jaga anak, suami..kan cool..haha

to medical student jgn putus asa!!