Tuesday, May 31, 2011

Fanatik dan Berita

Fanatik mengaburkan sempadan antara kebenaran dan kejahilan.

Ahmad merupakan seorang pelajar terdidik yang sering memasuki Akhbar Didik UPSR suatu ketika dahulu. Kecemerlangan akademiknya tiada tolok banding, seperti Messi di atas padang, Lee Chong Wei di dalam gelanggang dan Chef Wan di dalam dapur. Sungguh hebat.

Namun, Ahmad agak fanatik dengan artis pujaannya, Kumpulan Comel-Comel. Segala jenis poster, gelang tangan, kasut, baju, topi, deodorant, pewangi, berus gigi, kapur kasut serta dapur gas, semua ada kaitan dengan kumpulan Comel-Comel tersebut. Dia sanggup mengumpul duit belanja hariannya untuk membeli binatang binatang  barangan kumpulan tersebut. Terlampau fanatik sehinggakan dia ingin menukar namanya menjadi Ahmad Comel Comel.

Pada suatu hari, Kumpulan Comel Comel didapati bersalah kerana mencuri tabung kebajikan di sebuah sekolah agama. Hasil siasatan dari polis kawasan menyatakan bahawa memang sudah pasti-yakin-tawkid bahawa kumpulan sensasi Comel Comel itu yang mencuri tabung tersebut. Motif mereka adalah mungkin bertujuan untuk menukar imej kumpulan ke arah lebih ganas.

Tetapi bagi Ahmad, dia merasakan bahawa kumpulan Comel Comel tidak akan melakukannya. Iyalah, nama pun dah comel comel. Dia merasakan kumpulan tersebut telah disabotaj dan tidak menghiraukan hasil siasatan polis tersebut.

Okay, tutup cerita rekaan merapu di atas. Jadi, Ahmad menjadi terlampau fanatik sehinggakan berita yang benar ditolaknya hidup hidup dek kefanatikannya itu. So, untuk membuat sesuatu keputusan dengan adil dan seksi saksama, perlulah bersikap neutral yakni atas pagar. Jangan terus menuduh berita itu salah atau menerima berita bulat bulat. Timbanglah berita itu dengan akal yang waras. Bukan seperti menimbang berat.

P/S : Tapi kalau berita tu dah taraf 'stupidity in its own class' macam Cara untuk Curang ini, bolehlah maki kuat kuat.

No comments: