Buat masa sekarang ni, masa bertahannuth dah bermula. hanya keluar rumah untuk ke kelas dan hal hal penting. Orang kabo, masa depan diri sendiri lagi penting. Nak tolong tu perlu, tapi jangan sampai tergadai pelajaran. ye tak?
Sekarang, cuaca kat sini pun dah tak menentu. time summer ada lagi hujan. walhal dah masuk bulan 5. ada agak agak dalam 5 6 tahun lagi, Perlis bersalji. tak mustahil semua ni, global warming, pergerakan plat. Aih, senang cerita, bukak National Geographic. ini asyik bukak akedemi fantasia je buat ape, takde education sense tu.
Jadi, untuk pengakhiran, saya di sini sihat sihat sahaja kepada semua yang bertanya. maafle, henpon takde kredit. jenuh kakak operator Orange tu menjerit suruh topap setiap kali nak kol orang. Tak lupa juga, doakan semua mahasiswa yang sedang berexam ataupun bersedia ke arah exam untuk cemerlang. Tanpa doa hanya usaha, tak ke mana kita. Renung renungkan dan selamat beramal.
Sekian jurnal pendek padat. Bye
No comments:
Post a Comment